Make your own free website on Tripod.com

Selamat datang ke laman web sirah rasulullah. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberi maklumat kepada yang memerlukan terutamanya para pelajar dan tenaga pengajar.

Laman ini dibangunkan untuk assignment IMK 152 semester 2 2004. Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah SAW dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah atau memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja.

Tujuan asasnya ialah supaya setiap muslim terutamanya pelajar-pelajar memahami dan meyakini bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam kehidupan Rasulullah SAW itu sendiri.

Gambaran dan anggapan ini sesungguhnya akan timbul dan wujud setelah seseorang itu memahami dengan sebenar-benarnya segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu per satu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah SAW adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadankan dan menyesuaikannya dengan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan.

Diharapkan ia memberi manfaat kepada semua yang melayari laman web ini.

Insyaallah. Sekian, wabillahitaufiq wahidayah.




©2004, SueMbokDyg