ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W.

KHADIJAH BINTI KHUWAILID


Keturunan Dan Budi Pekertinya



Khadijah adalah seorang puteri jelita, bangsawan Quraisy. Melalui rahim seorang wanita budiman, Fatimah binti Zaidah bin Al-Asyam bin Harim bin Rawahah bin Hajar bin ‘Abdi bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luwai bin Ghalib bin Fihr, datuk peringkat ke sepuluh bagi Nabi Muhammad S.A.W. Bapa beliau bernama Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Uzza bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luwai bin Ghalib bin Fihr. Mengikut salasilah nasab suku Quraisy, siti Khadijah tergolong dalam suku Quraisy Asadiyah iaitu salah satu suku yang dihormati pada zaman itu. Penamaan suku tersebut adalah dinisbahkan kepada Asad datuk beliau sendiri. Siti Khadijah dilahirkan di sebuah pangsapuri yang megah dan besar pada tahun 68 sebelum Hijrah atau 15 sebelum tahun gajah. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan Tarbiah yang sempurna dan sesuai dengan tuntutan zamannya Pendidikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapanya diterima dan diikuti dengan taat dan patuh sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman yang berakhlak luhur dan tidak pernah bangga dengan taraf kebangsawanannya. Oleh itu, tidak menghairankan apabila kaumnya memanggilnya dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Sayyidatu Quraisy dan Ummu Hanad Nisbah dengan nama puteranya Hanad bin Abu Halah hasil dari perkahwinan beliau yang pertama. Ayahanda yang tercinta, Khuwailid bin Asad wafat sebelum perang Fijar, yakni perang saudara yang terjadi di Tanah Hijaz pada tahun 584 Masihi atau 15 tahun setelah peristiwa penyerangan Ka’abah oleh tentera Habsyah yang dipimpin oleh Abrahah. Setelah ayahanda beliau wafat, Siti Khadijah dijaga oleh bapa saudaranya Amrin bin Asad. Beliau menetap di rumah bapoa saudaranya dalam keadaan yang terkawal dan tidak berbeza dengan apa yang didapatinya ketika berada dalam asuhan dan jagaan ibu bapanya sendiri. Ketika itu beliau telah berusia lebih kurang 30 tahun. Selaku wanita yang mendapat Tarbiah sejak kecil, Siti Khadijah telah memiliki sikap peribadi yang mulia. Beliau berpegang kuat kepada nilai dan tatasusila yang terpuji. Beliau juga dikenali sebagai seorang wanita bijak dan memahami saesuatu masalah (dzakiyah), menjaga diri dari amalan keji (‘iffah), berperilaku yang suci (Thuhri), murah hati (Samahah), pemurah (Sakha’). Di samping itu, Sayyidina Khadijah juga adalah seorang wanita yang berketurunan mulia lagi bangsawan, teguh hati, cergas (‘Aqilah), terpelihara (Mashunah), agung (Jalilah), suci hatinya (Naqiyyah al- Sarirah), bersih jiwanya (Syafiyah al-Ruh). Wajahnya cantik menawan, berseri, halus perasaannya, merasa puas hati melakukan sesuatu dengan adil.




Perkahwinan Dengan Abu Halah



Tahun demi tahun Siti Khadijah telah melangkah memasuki alam remajanya, namun beliau masih mempunyai sifat-sifat terpuji yang diamalkannya sejak kanak-kanak. Kejelitaan dan wajahnya yang ayu sentiasa menjadi sebutan setiap orang. Sikapnya itu juga telah menawan hati para pemuda untuk menyuntingnya dan dijadikan sebagai teman hidup. Kebanyakan pemuda yang datang meminang berasal dari kalangan orang-orang terpandang dan bangsawan Quraisy. Setelah di teliti, Siti Khadijah telah menetapkan pilihannya terhadap seorang lelaki bernama Abu Halah bin Zurarah bin Habib bin Salamah bin ‘Adiy bin Jarwah bin Usaid bin ‘Amru bin Tamin Al-Tamini, keturunan Bani ‘Abdi Al-Dar bin Qusyai. Bersama Abu Halah, Siti Khadijah dikurniakan dua orang cahayamata, Hindun bin Abu Halah dan Zainab binti Abu Halah. Hindun adalah anak lelaki Khadijah yang sempat berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan menganut agama Islam. Malah, dia termasuk orang yang baik pekertinya serta turut sama membantu dalam menyebarkan syiar Islam. Setelah beberapa tahun selepas Abu Halah meninggal dunia, Siti Khadijah kemudiannya telah berkahwin dengan seorang lelaki dari kalangan bangsawan Quraisy yang dikenali sebagai ‘Atiq bin ‘Atidz bin ‘Abdillah bin Umar bin Mahzun Al- Mahzumiy. Perkahwinan beliau dengan ‘Atiq tidak kekal lama dan mereka telah berpisah. Namun tidak pernah dinyatakan sama ada perpisahan itu berlaku kerana ‘Atiq meninggal dunia atau mereka bercerai hidup. Selepas perpisahan dengan ‘Atiq bin ‘Atidz, Siti Khadijah telah menjanda bertahun-tahun lamanya, sungguhpun ramai bangsawan dan hartawan datang meminang namun beliau belum berniat untuk berkeluarga semula. Beliau lebih menumpukan perhatian dalam mendidik dan mengasuh anak-anaknya dan menguruskan perniagaannya.




Perjalanan Yang Membawa Berkat



Kepandaian Khadijah mentadbir perniagaannya menjadi buah mulut. Bukan saja kerana beliau orang kaya tetapi kerana sikap dermawan beliau yang menarik hati masyarakat shingga beliau juga dipanggil sebagai wanita bangsawan, hartawan dan dermawan. Kebolehan Siti Khadijah mengurus perniagaannya membuatkan perniagaannya bertambah maju hingga ke Yaman dan Syam. Beliau bercadang untuk menyerahkan urusan perniagaannya di Makkah dan Yathrib kepada lelaki Quraisy yang boleh dipercayai . Berita mengenai kejujuran Muhammad sampai ke pengetahuan Khadijah, lalu diutus pembantunya Maisarah untuk menemui Abu Thalib bin Abdul Mutalib untuk meminta Muhammad bekerja dengannya. Beliau berjanji untuk memberi upah yang berganda kepada Muhammad. Abu Thalib gembira dengan tawaran itu, lalu disampaikan kepada Muhammad. “Hai Muhammad, hidup kita sekeluarga miskin, aku tidak berharta jadi eloklah kiranya engkau (anakku) bekerja dengan Khadijah. Beliau telah mempercayai kejujuranmu untuk mengurus perniagaannya.” “Terpulang pada pak cik, mana yang baik saya ikut saja.” Muhammad Al-Amin menjawab. Setelah bersetuju, Muhammad berjumpa dengan Khadijah untuk berbincang dan membuat perjanjian: “Aku manawarkanmu pekerjaan ini kerana aku yakin kamu seorang yang amanah dan boleh mengurusi perniagaanku ini. Keluhuranmu telah tersebar di merata-rata hatta di luar Makkah.” Tegas Siti Khadijah. Maka berangkatlah Muhammad dan pengikutnya menuju ke Syam. Khadijah mengarahkan pembantunya Maisarah agar turut serta dengan Muhammad bagi menyelidiki kebenaran mengenai kejujuran dan kebaikan Muhammad. Setelah keberangkatan mereka ke Syam, Khadijah memikirkan berita yang akan disampaikan oleh Maisarah pada kepulangan mereka nanti. Di hatinya terasa bimbang mengenai keselamatan Muhammad dalam perjalanan tersebut terutama gangguan Yahudi.




Berita Gembira Untuk Khadijah



Setelah selesai semua urusan dagangan di Makkah, Muhammad bersama Maisarah berangkat kembali ke Makkah bersama kafilah. Mereka pulang dengan membawa keuntungan yang besar. Setiba mereka di Mekah, Maisarah terus berjumpa Khadijah yang menanati dengan wajah yang begitu ceria. Beliau bertanya tentang dagangan dan juga mengenai Muhammad. Semua pertanyaan Khadijah dijelaskan oleh Maisarah hingga Khadijah berpuas hati. Maisarah menyatakan keanehan Muhammad kepada Khadijah: “Saya melihat segumpal awan sentiasa memayungi Muhammad dari terik cahaya matahari sepanjang perjalanan itu, bagaikan pesuruh Allah yang patuh kepada Muhammad…” Cerita Maisarah kepada Khadijah yang terpegun mendengar berita tersebut. “Satu perkara lagi ialah ketika kami berehat kerana letih. Waktu itu Muhammad Al-Amin berteduh di bawah sepohon rendang yang berhampiran dengan rumah seorang rahib Nasrani bernama Nastur. Dia telah mengetahui mengenai Muhammad apabila melihat bayang-bayang pohon yang memanjang melindungi Al-Amin dari terikkan panas matahari.” Khadijah tidak sabar untuk mendengar cerita seterusnya dan menggesa Maisarah untuk bercerita lagi. “Rahib Nasrani itu mendekati kami dan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang berteduh di bawah pohon itu melainkan para Nabi dan Rasulyang diberi keistimewaan oleh Allah dengan sifat-sifat mulia dan terpuji. Kemudian rahib itu bertanya adakah terdapat tanda merah pada kedua-dua matanya dan saya menyatakan memang ada. Lalu dia berkata bahawa dugaannya dari awal lagi memang benar. Dia telah menyuruh saya menjaga Muhammad dengan baik dan bersopan kepadanya.” Jelas Maisarah. Mendengar berita itu Siti Khadiajh semakin ghairah ingin mengetahui mengenai Muhammad. Maisarah bercerita lagi tatatertib Muhammad melayani pelanggannya. Baginda tidak pernah merayu supaya orang ramai membeli barang dagangannya. “Sungguh gembira sekali berniaga bersama Muhammad. Sikapnya lemah lembut, jujur dan menawarkan harga yang berpatutan membuatkan semua orang ingin membeli barang dagangannya.” Mendengar akan hal itu, Khadijah begitu yakin bahawa pilihannya tidak merugikan malah memajukan lagi perniagaannya. Dalam pada itu, Muhammad datang untuk menyerah segala hasil dagangannya kepada Khadijah. Khadijah telah menanti kedatangan Muhammad dengan hati yang gembira. Muhammad dilayan dengan begitu baik dan hormat. Laporan dari Muhammad begitu menyenangkan Khadijah dan beliau membayar upah Muhammad seperti yang telah dijanjikan dulu. Muhammad pulang dengan membawa upahnya. Bapa saudaranya, Abu Tahlib berasa gembira melihat Muhammad pulang dalam keadaan yang selamat. Muhammad pula berasa gembira kerana dapat membantu bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sekeluarga. Setelah Muhammad pulang Khadiajh merasakan yang Muhammad begitu menyenangkannya dan beliau belum pernah bertemu dengan seorang pemuda seperti Muhammad. Kini Muhammad telah menarik perhatiannya.




Perkahwinan Yang Bahagia



Perhubungan Khadijah dan Muhammad selaku majikan dengan pekerja berjalan dengan baik. Perniagaan Khadijah semakin menggalakkan dan keuntungan yang diperolehi juga berlipat ganda. Beliau bertambah kaya dan sukar untuk ditandingi oleh peniaga-peniaga lain. Khadijah bukan sahaja menganggap Muhammad sebagai pekerjanya malah sebagai rakan kongsinya. Bagi Khadijah, Muhammad adalah aset yang menguntungkannya berbanding pekerja-pekerjanya yang lain. Khadijah bukan sahaja tertarik kepada Muhammad kerana kepandaiannya berniaga tetapi juga kerana Muhammad berbudi bahasa dan mempunyai ahklak yang tinggi jugfa kerana ketampanan serta kemerduan suaranya. Tutur bicaranya yang lembut sentiasa diingati oleh Khadijah. Bukan sesuatu yang aneh apabila Khadijah menaruh harapan terhadap diri Muhammad. Wujud satu perasaan yang dirinya sendiri teragak-agak untuk menyatakannya. Beliau sering bertanya kepada dirinya sendiri kenapa harapan itu mesti tumbuh dan bersemi dalam dirinya tetapi malangnya beliau sendiri tidak menemui jawapan bagi persoalan tersebut. Khadijah yang telah menjanda merasakan kehadiran Muhammad yang bekerja dengannya telah membangkitkan perasaan indah dalam dirinya. Khadijah sendiri merasa hairan apabila perasaan itu muncul semula setelah usianya meningkat. “Wahai hati…!” bisiknya. “ Apa gerangan yang membuat engkau muncul semula…? Padahal sekian lama engkau beku dan tidur dalam kebisuan yang panjang…? Sungguhpun begitu, perasaan itu dipendamnya sendiri dan beliau berasa malu untuk menyatakan perasaannya itu kepada orang lain walaupun kepada orang yang amat dipercayainya. Ini kerana beliau bimbang akan umpatan orang ramai mengenainya, padahal sekian lama beliau menutup pintu hatinya untuk lelaki sama ada dari golongan bangsawan atau hartawan Quraisy. Apabila sedar akan hal itu, beliau berasa malu dengan dirinya sendiri dan beliau sedar akan perbezaan usianya dengan Muhammad Al-Amin. Lagipun baginya Muhammad belum tentu sudi untuk menerima dirinya sebagai teman hidup. Muhammad masih muda, tampan, segak, bangsawan dan berakhlak mulia. Hanya satu sahaja keunggulan Khadijah iaitu mempunyai harta yang banyak. Tetapi beliaujuga mengetahui bahawa Muhammad bukanlah seorang yanmg mahukan harta kekayaan. Dalam keadaan khayal yang tiada hujung pangkalnya, Khadijah telah mendengar bunyi ketukan di pintu rumahnya. Kebimbangannya hilang serta merta apabila melihat sahabatnya yang datang berkunjung iaitu Nafisah binti Minyah. Perbualan kedua-dua sahabat itu amat menggembirakan, dari masalah negara sampailah ke persoalan rumah tangga. Tanpa disedari, terungkaplah nama Muhammad mengenai amal laku dan kebolehan Muhammad. Nafisah dapat membaca apa yang tersirat dalam hati Khadijah maka dengan sengaja Nafisah mengkhususkan perbicaraan mengenai peribadi Muhammad sehinggalah Khadijah meluahkan perasaan yang bersemi dalam hatinya kepada sahabatnya itu. “Tetapi…Adakah Muhammad akan menerima perasaan aku ini?” Tanya Khadijah. Nafisah menghibur hati sahabatnya itu dengan meningatkan kepadanya bahawa beliau adalah berketurunan mulia, hartawan, dermawan lagi cantik. Walaupun usianya telah meningkat namun beliau tetap cantik dan ayu yang menyebabkan ramai lelaki berminat untuk menyuntingnya. Nafisah telah berjanji untuk membantu Khadijah dengan melakukan sesuatu perkara yang masih dirahsiakan daripada Khadijah. Janji sahabatnya itu telah memberi keyakinan diri kepada Khadijah. Pada suatu hari, Nafisah sengaja pergi menjumpai Muhammad Al-Amin dan bertanya kepadanya. “Muhammad…Kenapakah engkau belum berkahwin?” Muhammad terdiam apabila terdengar akan pertanyaan itu. Muhammad kemudiannya menjawab sambil tersenyum: “Saya belum mampu untuk berumah tangga.” Jawabnya pendek. Nafisah bertanya lagi: “Apakah pendapatmu andai ada seorang wanita yang rupawan, hartawan, bangsawan dan dermawan memintamu untuk mengahwininya?” Sememangnya Muhammad faham akan ungkapan Nafisah itu, tetapi Muhammad tetap bertanya pula: “Siapakah wanita yang engkau maksudkan itu?” “Khadijah, Khadijah binti Khuwailid.” Jawab Nafisah singkat. “Seandainya beliau berkeinginan , saya tidak akan menolak.” Jawab Muhammad pula. Nafisah seolah-olah tidak percaya mendengar jawapan Muhammad itu. Bagi memastikan dirinya tidak tersilap Nafisah bertanya: “Apakah engkau berkata benar, Muhammad?” Gesanya. “Benar. Saya bersungguh-sungguh.” Jawab Muhammad. Setelah memperolehi jawapan dari Muhammad, Nafisah segera pergi ke rumah Khadijah untuk menyampaikan berita gembira bahawa Muhammad putera Abdullah itu bersetuju untuk mengahwininya. Wajah Khadijah berseri-seri setelah mendengar jawapan itu. Sebagai lambang kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah atas berita gembira itu, maka Khadijah membahagikan sebahagian hartanya kepada orang-orang miskin dan sesiapa saja yang memerlukan. Dalam pada itu, Muhammad Al-Amin segera memberitahu perkara itu kepada bapa saudaranya Abu Thalib, Abbas dan Hamzah. Mereka berasa gembira sekali dan tanpa perlu dibawa berbincang mereka telah menyetujui cadangan Muhammad untuk mengahwini Khadijah binti Khuwailid. Oleh itu, Muhammad meminta bapa saudaranya mengemukakan pinangan kepada pihak Khadijah. Maka ketiga-tiga mereka segera menemui keluarga Khadijah iaitu bapa saudaranya Amr bin Asad untuk mengemukakan pinangan Muhammad terhadap Khadijah. Amr bin Asad bersetuju dan menerima pinangan Muhammad. Pada hari yang telah ditetapkan, Muhammad pergi ke rumah Khadijah. Hadir sama pada majlis walimah itu ialah Hamzah, Abu Thalib dan Abbas. Kedatangan mereka disambut oleh keluarga Khadijah dengan mesra, disertai dengan tatacara penghormatan yang sederhana. Pada walimah itu, Abu Thalib menyampaikan ucapan bagi pihak lelaki dan ucapannya itu disambut oleh Amr bin Asad. Amr bin Asad menyatakan secara terbuka mengenai penerimaan ahli keluarganya terhadap Muhammad selaku suami anak saudaranya, Khadijah dengan mas kahwin (mahar) sebanyak 20 ekor unta. Berlangsungnya upacara pernikahan Muhammad dan Khadijah. Penyembelihan haiwan ternak dan tabuhan kompang menyemarakkan lagi majlis tersebut. Sementara orang-orang miskin pun turut bersuka ria dan mereka diberi layanan yang baik oleh keluarga Khadijah. Setiap seorang fakir dan miskin yang datang pada waktu itu akan diberi hadiah yang bernilai oleh Khadijah. Di antara jemputan yang turut hadir ialah Halimatul Saadiah, ibu susuan Muhammad. Beliau datang dari sebuah desa yang terletak di pedalaman Makkah dikenali sebagai desa Bani Saad hanya untuk menyaksikan perkahwinan Muhammad dan Khadijah. Halimah berada di rumah Khadijah selama 2 hari. Sepanjang itu Khadijah telah melayani Halimah dengan baik dan hormat. Muhammad begitu gembira dengan kehadiran Halimah di majlis tersebut dan merasakan seolah-olah pada waktu itu ibu kandungnya, Aminah turut menyaksikan hari yang penuh bermakna itu. Keesokan harinya, Halimah minta diri untuk kembali ke kampungnya. Pemergian wanita budiman itu direlakan oleh Muhammad dengan rasa senang hati dan Khadijah pula telah menghadiahkan 40 ekor kambing sebagai tanda terima kasih kepada wanita itu atas jasanya yang telah menyusukan suaminya, 25 tahun yang lampau. Khadijah bersyukur kerana dapat menjadi isteri Muhammad, seorang insan yang mulia dan dipuji oleh seluruh masyarakat Arab ketika itu. Bahkan suaminya adalah sebaik-baik lelaki di kalangan kaum Quraisy dan seutama manusia. Sebagai seorang isteri Khadijah amat pandai menjaga hati suaminya, bahkan beliau adalah contoh utama dalam hal menghormati dan mencintai suaminya. Khadijah amat memahami kesukaan suaminya sehinggakan kesukaan suaminya turut menjadi kesukaannya dan begitulah sebaliknya. Pada suatu hari, Khadijah melihat Muhammad amat sayang kepada bekas hamba beliau yang bernama Zaid bin Harisah, maka Khadijah turut memuliakan Zaid sebagaimana Nabi Muhammad memuliakan dan menyayanginya. Apabila Khadijah mendapat tahu bahawa Muhammad ingin mengambil anak bapa saudaranya, Ali bin Abu Thalib yanmg masih kecil, Khadijah pun memberi dorongan kepada suaminya mengenai perkara itu. Bahkan dia juga turut sama mendidik dan mengasuh Ali dengan penuh kasih sayang.




Rumahtangga Bahagia Dan Penuh Keberkatan



Rumahtangga yang dibina oleh Muhammad Al-Amin bersam Khadijah penuh kedamaian dan ketenteraman, aman dan bahagia, mereka tidak pernah berselisih faham dalam sesuatu perkara, walaupun Khadijah berusia 15 tahun lebih tua dari Muhammad Al-Amin yang ketika itu baru berusia 25 tahun. Walaupun demikian, sebagai manusia biasa mereka merasakan bahawa rumahtangga yang mereka bina dengan penuh pengertian dan saling faham memahami itu belum lagi sempurna selagi mereka masih belum memperolehi cahayamata sebagai penyeri rumahtangga. Mereka merindukan kehadiran anak-anak di rumah mereka bagi menyemarakkan lagi suasana di samping merupakan tali penghubung yang kuat antara sumi isteri. Allah Maha Pemurah mengetahui akan apa yang terguris di dalam hati kedua-dua hamba-Nya itu. Allah mengurniakan kepada mereka nikmat yang amat mereka harapkan. Mereka berasa amat gembira kerana mereka akan menimang cahayamata pertama mereka tidak lama lagi. Sementara itu, Khadijah telah mempersiapkan segala keperluan untuk menyambut kehadiran bayi pertama dari suami yang tercinta, Muhammad Al-Amin. Dengan izin Allah, tibalah hari yang dinanti-nantikan itu. Maka lahirlah seorang puteri yang comel mirip wajah Muhammad dan Khadijah. Sebaik sahaja Muhammad Al-Amin mengetahui bahawa puterinya telah selamat dilahirkan segera baginda menghampiri isterinya dan mengucup dahinya kemudian mendukung bayinya dan diribanya. Puteri sulungnya itu dinamakan Zainab oleh baginda. Sebagai tanda kesyukuran terhadap kurniaan Ilahi, mereka telah mengadakan kenduri dengan menyembelih beberapa ekor unta dan diberi kepada orang-orang miskin di kota Makkah. Mereka amat gembira menyambut kelahiran Bani Hasyim iaitu Zainab binti Muhammad Al-Amin. Kemudian, sebagaimana yang biasa berlaku di kalangan bangsawan Quraisy, Khadijah menyerahkan puterinya itu kepada ibu susuan yang telah ditempah sebelum kelahiran bayinya. Tiga tahun kemudian, lahirlah pula puteri Muhammad yang kedua, diberi nama Ruqiyyah. Dia juga diserahkan kepada ibu susuan sebagaimana kakaknya Zainab. Selepas itu, mereka dikurniakan lagi seorang anak yang dinamakan Ummi Kalsum. Lima tahun sebelum Muhammad dilantik menjadi Rasul, Allah telah mengurniakan seorang lagi puteri yang diberi nama Fatimah. Puteri keempat ini mendapat gelaran Al-Zahrah yang bermakna kembang mekar mewangi penghibur duka lara kedua orang tuanya. Bagaimanapun, ketika hamil pada kali yang kelima, Khadijah telah bermohon kepada Allah supaya mereka dikurniakan seorang anak lelaki untuk menyemarakkan lagi rumahtangga mereka. Allah Yang Maha Pengasih telah mengabulkan doa hamba-Nya itu. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang tampan dan tidak ubah seperti ayahandanya. Putera ini telah dinamakan Qasim dengan nama gelarannya Tayyib yang bermaksud anak lelaki yang baik. Tidak berapa lama kemudian, setelah Muhammad dilantik menjadi Rasul oleh Allah, Khadijah telah hamil lagi dan melahirkan seorang putera yang dinamakan Abdullah dan diberi julukan Tahir yang bermaksud anak lelaki yang suci dan bersih. Walaubagaimanapun, Allah itu Maha Berkuasa, kedua-dua putera Rasulullah tidak sempat tampil dan berjuang bersama-sama ayahandanya untuk mengembang dan menyampaikan seruan Ilahi kepada manusia dan dunia. Kedua-duanya kembali ke sisi Ilahi ketika belum akil baligh lagi. Rasulullah dan Khadijah redha dengan pemergian kedua-dua anaknya itu kerana mereka sedar bahawa semuja itu berlaku atas kehendak Allah Yang Maha Berkuasa. Oleh itu, kesedihan yang menyerang kalbu diterima dengan hati yang sabar dalam menghadapi segala ujian dan cubaan dari Allah S.W.T. Bahkan baginda yakin sepenuhnya bahawa segala yang ditentukan oleh-Nya mempunyai hikmah yang tersembunyi dan tidak dapat diketahui oleh sesiapa. Setelah pemergian Qasim dan Abdullah, perhatian mereka lebih bertumpu kepada empat puterinya yang sudahpun melangkah ke alam remaja. Keempat-empat puteri jelita itu dididik dengan sempurna dan diasuh dengan akhlak yang mulia sehingga mereka menjadi anak-anak yang baik dan patuh kepada kedua-dua orang tuanya.




Khadijah Meninggalkan Rasulullah s.a.w



Peristiwa demi peristiwa yang dialami dan disaksikan oleh Khadijah memberi kesan ynag mendalam di dalam dirinya. Perkara ini nampak dari sikap dan amlannya yang rela berkorban semua harta yang dimilikinya demi kemajuan dan perjuangan Islam pada masa itu. Semua sedia maklum bahawa Khadijah tidak lagi secergas dahulu. Beliau mula uzur dan kadang-kadang juga jatuh sakit, tetapi semangat dan keyakinannya untuk turut sama dengan Rasulullah s.a.w tetap tidak berganjak. Saat demi saat berlalu, penyakit Khadijah pun kian tenat. Rasulullah s.a.w yakin bahawa Khadijah akan meninggalkannya. Namun demikian, Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira kepada istrinya itu dengan menyatakan bahawa mereka akan bertemu di syurga. Dalam usia 65 tahun, Khadijah telah pergi ke pangkuan Ilahi, beliau wafat dengan keadaan yang tenang dan suaminya ada di sisinya. Peristiwa yang menyedihkan ini terjadi pada saat Rasulullah s.a.w mendapat cabaran hebat dari musuh-musuh Islam iaitu 3 tahun sebelum Rasulullah barhijrah ke Madinah Al-Munawwarah. Semenjak kepergian Khadijah, Rasulullah s.a.w merasakan jiwanya sangat kosong. Bukan sahaja rumah yang ditinggalkan menjadi sunyi malahan seluruh kota Makkah turut berkabung selepas pemergiannya. Rasulullah s.a.w bukan sahaja merasakan kehilangan seorang isteri yang setia, tetapi baginda juga telah kehilangan seorang pembantu dan pembela baginda dalam menjalankan tugas-tugas suci, iaitu menyeru manusia ke jalan Allah. Tidak lama selepas kewafatan Khadijah, Rasulullah s.a.w dikejutkan pula dengan wafatnya Abu Thalib, bapa saudaranya yang telah banyak memberi perlindungan terhadap Rasulullah s.a.w dalam usahanya memberi bimbingan kepada manusia untuk kembali ke jalan yang benar, berpandukan wahyu Ilahi yang diterimanya. Oleh yang demikian, tahun itu telah dinamakan sebagai tahun dukacita atau “Am Al-Huzni.”

Aisyah Talhah





Keperibadian



Aisyah adalah puteri Abdullah yang lebih dikenali sebagai Abu Bakar bin Usman. Manakala ibunya bernama Ummu Rumman Al-Kinaniyah. Bonda Aisyah ini adalah seorang wanita yang cerdik dan berjiwa besar. Bahkan beliau juga termasuk dalam golongan Al-Sabiqun Al-Awwalun (orang yang mula-mula memeluk Islam). Aisyah dilahirkan setahun selepas Rasulullah dilantik menjadi Rasul iaitu 12 tahun sebelum Hijrah. Beliau memiliki kulit yang cerah dan kemerah-merahan sehinggakan Rasulullah menggelarkannya dengan gelaran Humaira’ (kemerah-merahan). Beliau dibesarkan dalam keadaan orang tuanya sedang sibuk menyeru manusia ke jalan Allah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Di samping sebagai gadis yang cantik, lincah dan suka bergaul, Aisyah juga mewarisi sifat kedua-dua orang tuanya iaitu cerdik, pemurah, berani dan jujur. Sifat mulia ini telah sebati dalam dirinya sehingga ke akhir hayat beliau.




Rasulullah Berkahwin Dengan Aisyah



Sebulan setelah Rasulullah berkahwin dengan Saudah binti Zam’ah, Allah telah menyeru Rasul-Nya itu agar berkahwin dengan seorang gadis lincah dan masih kanak-kanak iaitu Aisyah. Kehendak ini telah Allah sampaikan melalui sebuah mimpi kepada Rasulullah. Dalam mimpi itu Rasulullah melihat Jibrail datang kepada baginda dengan membawa sehelai kain sutera yang padanya terdapat gambar Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq, sambil mempertontonkan gambar tersebut kepada Rasulullah, Jibrail berkata: “Sesungguhnya wanita ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat…” Mimpi tersebut datang berulang kali kepadanya sehinggalah baginda menyedari bahawa perkara itu adalah perintah dari Allah. Baginda sedar bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah memilihkan untuknya seorang anak dara yang cantik dan berketurunan baik-baik. Oleh yang demikian, maka Rasulullah segera pergi ke rumah Abu Bakar untuk memberitahu kepada sahabatnya itu mengenai mimpi baginda. Sekaligus kedatangan baginda adalah untuk mengemukakan pinangan terhadap Aisyah yang ketika itu baru sahaja berusia 8 tahun. Mendengar akan berita itu Abu Bakar sangat terkejut, namun beliau berasa gembira apabila menerima pinangan Rasulullah itu, tetapi kerana Aisyah masih kecil lagi maka dengan lemah lembut Abu Bakar menjawab: “Ya Rasulullah…Aisyah masih kecil lagi, namun akan saya utuskan kepada engkau agar engkau dapat melihatnya…” Kemudian Rasulullah mohon diri dan kembali ke rumahnya, sementara Rasulullah masih duduk termenung memikirkan memikirkan pinangan Rasulullah itu. Beliau merasa sangat gembira sekali kerana mendapat kehormatan tinggi iaitu menjadi bapa mertua Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah menepati janjinya dengan Rasulullah iaitu mengutus puterinya Aisyah mengadap Rasulullah dengan membawa bekas yang berisi kurma dan ditutup rapi serta berpesan kepada puterinya itu: “Aisyah katakan kepada Rasulullah bahawa inilah yang telah Rasulullah sebutkan kepada ayahanda dan kalau Rasulullah merasakan patut semoga Allah merahmatinya.” Aisyah segera menuju ke rumah Rasulullah dan menyampaikan pesanan dari ayahandanya. Kemudian Rasulullah segera menjawab: “Kami telah menerimanya wahai Aisyah…” Aisyah tidak memahami maksud yang tersirat dalam kata-kata ayahandanya dan jawapan Rasulullah itu. Mendengar jawapan dari Rasulullah itu telah membuatkan Abu Bakar berasa sangat gembira sekali. Selepas bersetuju dan pinangan Rasulullah itu diterima oleh Abu Bakar, tidak lama kemudian berlangsunglah pernikahan antara Rasulullah dan Aisyah dengan maharnya 400 dirham. Perkahwinan itu berlangsung pada tahun ke 10 kenabian baginda. Aisyah pada ketika itu baru sahaja berusia 9 tahun. Bagaimanapun, Aisyah tidak tinggal bersama dengan Rasulullah tetapi masih tinggal bersama-sama ibu bapanya manakala Rasulullah pula tinggal bersama-sama dengan isterinya, Saudah.




Perasmian Perkahwinan Rasulullah Dengan Aisyah



Kehadiran keluarga Rasulullah dan keluarga Abu Bakar di Madinah membolehkan kedua-duanya menumpukan segala perhatian terhadap urusan dakwah Islam dan penyusunan masyarakat Islam di Madinah. Di antara tugas berat yang dilaksanakan oleh Rasulullah ialah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar, di samping perlu berwaspada terhadap gangguan orang-orang Yahudi Madinah. Setelah semua tugas-tugas penting itu dapat diselesaikan oleh Rasulullah, maka Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah perihal perkahwinannya dengan Aisyah. “Ya Rasulullah…Bilakah agaknya engkau akan bersama-sama dengan keluargamu”? Rasulullah teringat bahawa baginda telah meminang Aisyah, bahkan baginda juga telah bernikah dengannya tetapi mereka tidak tinggal serumah. Oleh yang demikian, Rasulullah telah datang ke rumah Abu Bakar untuk merasmikan perkahwinannya dengan Aisyah yang ketika itu telah berusia 13 tahun. Setelah melangsungkan acara perasmian perkahwinan itu maka Aisyah berpindah ke rumah baru iaitu sebuah rumah sederhana ynag telah dibina Rasulullah bersebelahan dengan masjid di Madinah berdekatan dengan rumah Saudah binti Zam’ah dan rumah kedua orang puteri baginda. Rumah mereka itu dibina oleh Rasulullah dengan menggunakan batang-batang pelepah dan daun kurma juga batu-bata. Katil mereka pula hanya dari kulit binatang yang sudah disamak dan dibentangkan di atas lantai.




Cinta Dan Cemburu Aisyah



Aisyah telah memulakan hidup barunya bersama Rasulullah s.a.w. Rumahtanggga mereka dipenihu sinar kebahagian, sementara itu keperibadiannya semakin matang dan Aisyah bertambah dewasa. Ketabahan dan kesabaran Rasulullah dalam mendidik dan membimbing Aisyah membawa hasil yang amat gemilang. Aisyah telah membesar dengan keperibadian yang mulia dan berjiwa gigih serta tekun mendalami hokum-hukum agama. Hal ini membuat cinta Rasulullah terhadap Aisyah semakin mencurah-curah. Rumahtangga mereka berjalan dengan aman dan damai, tiada satu perkara pun yang boleh mengeruhkan kedamaian dalam rumahtangga mereka kecuali tersemat perasaan cemburu Aisyah terhadap Khadijah r.a sungguhpun Khadijah telah tiada. Kecemburuan Aisyah terhadap Khadijah adalah kerana Rasulullah selalu menyebut-nyebut nama Khadijah. Perkara ini berlaku apabila Rasulullah berdepan dengan masalah berat dalam tugasnya sebagai Rasul. Ini adalah kerana sewaktu Khadijah masih hidup, beliau akan membantu dan memberi jalan penyelesaian kepada Rasulullah, tetapi bersama dengan Aisyah hal seperti itu belum baginda perolehi. Walaubagaimanapun, Rasulullah amat menyayangi Aisyah. Baginda merasakan apa yang dirasakan oleh isterinya itu. Namun ada ketikanya Rasulullah tidak dapat mengelak daripad menyebut nama Khadijah, umpamanya bagind berkata: “Khadijah dahulu mewasiatkan begini atau begitu…” Apabila Rasulullah berkata begitu, Aisyah akan marah dan berkata: “Khadijah…Khadijah…Seolah-olah tidak ada perempuan lain di dunia ini selain Khadijah…” katanya bersungut. Apabila terjadi hal yang sedemikian, Aisyah akan mengadu perkara itu kepada ibunya. Kemudian ibunya akan membawa Aisyah berjumpa dengan Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah…Sesungguhnya Aisyah masih muda dan engkaulah yang paling berhak dalam mengajar dan memujuknya.” Mendengar kata ibu mertuanya itu, Rasulullah menoleh kepada Aisyah dan berkata: “Bukankah kamu yang mengatakan seolah-olah tidak ada perempuan lain di dunia ini selain Khadijah?” Ujar Rasulullah. “Apakah masih diingat perempuan yang sudah tiada itu, sedangkan Allah telah menggantikan dengan yang lebih baik…?” Jawab Aisyah. Apabila Aisyah berkata demikian, maka secara terus terang dan jelas Rasulullah berkata: “Demi Allah…Wahai Aisyah…Belum ada ganti yang lebih baik dari Khadijah. Dia telah beriman kepadaku ketika orang lain mengingkariku. Dia juga telah menyara hidupku di saat orang lain memulaukanku. Dia telah memberikanku zuriat yang tidak ku perolehi dari wanita lain.” Ujar Rasulullah. Apabila Rasulullah berkata demikian, Aisyah diam dan tidak berkata walau sepatahpun. Dia sedar bahawa pengorbanannya terhadap Rasulullah dan Islam tidak setanding perngorbanan Khadijah. Selain daripada cemburu terhadap Khadijah, Aisyah juga cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah yang duduk berhampiran dengannya. Rasa cemburu ini timbul kerana Rasulullah gemar kepad makanan yang bersih dan diatur rapi dan keadaan ini adalah menjadi amalan para isteri Rasulullah yang lain. Pada suatu ketika, Rasulullah pernah dihidangkan madu oleh isterinya yang bernama Zainab binti Jahsyi, salah seorang isteri Rasulullah yang paling cantik wajahnya dan Rasulullah memang gemar akan hidangan itu. Oleh yang demikian, Aisyah merasa cemburu apabila dilihatnya Rasulullah amat menyenangi hidangan Zainab itu. Bagi melepaskan sakit hatinya, Aisyah telah berpakat dengan Hafsah binti Umar bagi memperkecilkan hidangan Zainab itu. Hal ini diakui sendiri oleh Aisyah dalam ungkapannya: “Saya bersubahat dengan Hafsah iaitu apabila sahabat Rasulullah mendatangi salah seorang dari kami, maka kami akan mangatakan kepadanya: “Apakah engkau makan maghafir (sejenis makanan yang melekat dan manis tetapi baunya tidak enak), sedangkan Rasulullah benci akan bau itu.” Apabila Rasulullah pulang ke rumah Aisyah, Aisyah langsung berkata: “ Bau engkau seperti bau maghafir, apakah engkau telah makan maghafir ya Rasulullah…?” Ujar Aisyah. “Tidak…Saya diberi makan madu oleh Zainab…” Jawab Rasulullah. Kemudian Rasulullah pergi pula ke rumah Hafsah, sebaik sahaja sampai di situ Hafsah langsung bertanya soalan yang sama dan baginda juga menjawab dengan jawapan yang sama. Rasulullah geram dengan tindakan isterinya itu. Ekoran itu baginda tidak lagi memakan madu yang dihidangkan oleh Zainab. Selanjutnya Aisyah pernah bercerita bagaimana cemburunya terhadap isteri Rasulullah yang bernama Ummu Salamah. Melihat perhubungan kedua-dua suami isteri yang mesra dan harmoni itu, Aisyah tidak dapat menahan hatinya. Pada suatu hari Rasulullah telah datang ke bilik Aisyah lalu beliau bertanya kepada baginda: “Ke manakah engkau sepanjang hari ini, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Humaira’, bukankah hari ini adalah giliran Ummu Salamah?” Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang engkau perbuat di sana?” Rasulullah tersenyum. Aisyah berkata lagi: “Sekiranya engkau diminta memilih antara bunga yang belum lagi disentuh dan bunga yang sudah disentuh, manakah bunga yang engkau akan pilih?” Rasulullah menjawab: “Yang belum disentuh.” Aisyah berkata lagi: “Saya berbeza dari semua isteri kamu, mereka semua telah pernah bersuami tetapi saya tidak.” Rasulullah hanya tersenyum mendengar ungkapan Aisyah itu. Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa kehidupan rumahtangga Rasulullah s.a.w dengan Aisyah r.a dipenuhi dengan suasana bahagia dan tenteram. Di samping sebagai isteri yang setia dan cinta kepada suaminya.




Fitnah Punca Derita



Sememangnya telah menjadi sunnah Allah bahawa setiap hamba-Nya akan menerima ujian dari-Nya. Hal ini juga turut diterima oleh Aisyah. Ini adalah ujian paling berat yang pernah dihadapi oleh Aisyah selepas enam tahun beliau menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Beliau telah difitnah berkhalwat dengan salah seorang pejuang Islam yang bernama Syafwan bin Mu’tal, berita ini telah disebar luas oleh Abdullah bin Ubaiy seorang Munafiq keturunan Yahudi. Peristiwa ini berlaku apabila Aisyah tertinggal sewaktu Rasulullah dan pengikutnya hendak menuju ke medan perang. Semua tentera Islam telah berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah telah tertinggal. Namun di belakang pasukan yang telah berjalan itu, ada salah seorang pejuang Islam yang bernama Syafwan bin Mu’tal Al-Sulami yang diarahkan berjalan di belakang untuk memastikan tiada musuh yang menyerang dari belakang. Syafwan dan sahabatnya Al-Zakwani telah melihat Aisyah dan membawa Aisyah bersama-sama mereka sehinggalah mereka bertemu dengan pasukan induk. Berpunca dari peristiwa itulah berkembangnya desas-desus, berita karut dan fitnah yang ditunjukkan kepada Aisyah dan Syafwan yang kononnya mereka telah berkhalwat. Ketika tiba di Madinah, Aisyah telah menderita sakit selama lebih kurang sebulan. Sepanjang itu, beliau juga dapat merasakan bahawa keramahan dan kelembutan Rasulullah terhadapnya tidak seperti sebelumnya. Setelah penyakit beliau berkurangan, Ummu Mistah binti Ruhmin telah menceritakan segala yang telah dituduhkan oleh Ahlu’l-Ifki (orang-orangn yang telah menyebarkan fitnah). Semenjak mendengar berita itu, penyakit Aisyah telah bertambah teruk sehinggakan beliau meminta izin dari Rasulullah untuk pergi ke rumah ibunya. Namun Rasulullah tidak menerima fitnah itu tanpa menyelidikinya. Baginda terlebih dahulu telah menyelidiki dan meminta pendapat para sahabat. Para sahabat tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada Aisyah kerana mereka percaya bahawa Aisyah dari keturunan yang baik-baik dan pastinya tidak akan melakukan perkara yang merosakkan nama baiknya sendiri. Selepas mendengar pendapat dari semua sahabat, Rasulullah sentiasa menanti turunnya wahyu dengan harapan semuanya itu akan dijelaskan oleh Allah kepadanya. Dalam menanti harapan itu, Rasulullah telah berkunjung ke rumah Aisyah yang pada waktu itu sedang tinggal bersama-sama orang tuanya. Ketika itu Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku berita buruk itu. Maka jika engkau memang bersih, Allah pasti membersihkan engkau. Tetapi jika engkau telah berdosa, mohon ampunlah kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya. Kerana apabila seseorang itu telah mengakui dosanya dan bertaubat pasti Allah akan menerima taubatnya.” Ucapan Rasulullah itu umpama petir yang menyambar di hati Aisyah. Bagaimanapun, Aisyah tidak mampu untuk menjawab ucapan Rasulullah itu. Beliau meminta ayahnya sendiri untuk menjawab ucapan suaminya itu, malangnya ayahnya sendiri tidak dapat memberi jawapan kepada Rasulullah. Kemudian Aisyah meminta ibunya pula untuk menjawab, namun ibunya juga tidak dapat berkata-kata. Aisyah amat kecewa dengan tindakan kedua-dua orang tuanya itu, air matanya membasahi pipinya dan dalam keadaan teresak-esak itu beliau telah berpaling mengadap Rasulullah dan dengan berani beliau berkata: “Demi Allah! Saya tidak akan bertaubat tentang apa yang engkau katakan itu, wahai Rasulullah…! Demi Allah, sekiranya aku mengakui apa yang telah diperkatakan orang kepadaku, namun Allah tahu aku suci. Tapi kalau aku menafikannya, kamu semua tidak akan percaya…! Namun aku hanya akan mengatakan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaaqub a.s iaitu saya akan bersabar kerana kesabaran itu Adalah sesuatu yang baikdan Allah jualah tempat memohon bantuan dan pertolongan untuk mengatasi sesuatu yang dikatakan kepadaku.” Ujar Aisyah. Selepas mendengar kata-kata Aisyah itu Rasulullah, Abu Bakar dan orang lain yang sedia ada belum berangkat dari kedudukan mereka. Ketika itu jugalah Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Selepas itu Rasulullah telah membuka matanya sambil tersenyum baginda berkata: “Bergembiralah wahai Aisyah. Allah telah menurunkan wahyunya dan membersihkan engkau dari tuduhan tersebut.” Mendengar ungkapan Rasulullah itu, Ummu Rumman meminta Aisyah berdiri dan menghampiri suaminya itu. Tetapi Aisyah telah menolak dan berkata: “Demi Allah…! Saya tidak mahu berdiri kepadanya dan tidak akan memuji selain daripada Allah yang telah menurunkan pernyataan bagi membersihkan diriku.” Ujarnya. Sebentar kemudian Rasulullah membacakan firman Allah yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong (Al-Ifk) itu adalah dari golongan kamu juga, janganlah kamu menyangka berita bohong itu buruk bagi kamu, tetapi ia adalah baik untuk kamu. Setiap mereka akan mendapat balasan dari dosa yang mereka lakukan. Sesiapa diantara mereka yang mengambil terbesar dalam menyebarkan berita bohong itu akan dapat baginya azab yang pedih. Mengapa ketika mereka mendengar berita bohong itu, orang-orang mukmin lelaki dan perempuan tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan tidak berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Maka oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi, mereka itulah pada sisi Allah adalah orang-orang pembohong. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar kerana kamu telah bersubahat atas berita bohong itu. Ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu menganggapnya sebagai suatu perkara yang ringan saja, padahal ia adalah perkara yang besar di sisi Allah. Dan kenapa kamu tidak berkata ketika mendengar berita bohong itu, sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Allah ini adalah dusta yang besar. Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali melakukan hal seperti itu selama-lamanyajika kalian benar-benar orang yang beriman. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar berita bohong itu tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. Dan sekiranya bukanlah Allah Maha Penyatun dan Maha Penyayang nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar.” (An-Nur: 11-20) Setelah membacakan ayat tersebut, Rasulullah pergi pula ke masjid dan membacakannya kepada orang ramai. Rasulullah bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang menyebarkan berita tersebut, tindakan itu berdasarkan hukum yang ditetapkan dalam Islam, sebagaimana yang termaktub dalam surah An-Nur ayat empat yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan dan jangan kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (An-Nur: 4) Kini peribadi Aisyah telah dibersihkan oleh Allah, dirinya telah terlepas dari tuduhan berkhalwat dan dia kembali ke rumah Rasulullah. Berakhirlah sudah peristiwa yang memalukan dan menyedihkan bagi keluarga Rasulullah yang mulia. Kehidupan Rasulullah kembali seperti sediakala, Aisyah telah kembali bergiat membantu Rasulullah dalam berbagai tugas dalam menyampaikan risalah Ilahi kepada seluruh umat.




Di Sebalik Kasih Sayang Rasulullah



Seluruh kaum muslim telah mengetahui betapa Rasulullah sangat mencintai Aisyah. Oleh yang demikian, apabila ada orang yang hendak memberi hadiah kepada Rasulullah, maka akan ditunggunya hingga tiba giliran Aisyah. Ummu Salamah dan para isterinya yang lain menyedari akan kepincangan itu. Mereka telah meminta Ummu Salamah agar merundingkan perkara ini kepada Rasulullah, salah seorang daripada mereka berkata: “Wahai Ummu Salamah…Demi Allah…Orang ramai amat memberikan perhatian apabila tiba giliran Aisyah saja. Agaknya eloklah engkau menyampaikan cadangan kepada Rasulullah bagi memberitahu kepada orang ramai agar apabila hendak memberi hadiah janganlah mengira sama ada Rasulullah berada di rumah siapa.” Pinta mereka. Ummu Salamah bersetuju dengan cadangan itu, maka apabila Rasulullah berada di rumahnya, usul itu disampaikan kepada Rasulullah tetapi malangnya Rasulullah hanya diam saja. Namun Ummu Salamah tidak berputus asa, pada giliran yang berikutnya cadangan itu dikemukakannya semula kepada Rasulullah, namun Rasulullah masih belum memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut. Tetapi Ummu Salamah tetap tidak berputus asa sehinggalah Rasulullah memberi tanggapannya, baginda bersabda: “Janganlah kalian menyakiti hatiku kerana Aisyah. Demi Allah! Tidak pernah aku menerima wahyu ketika aku berada di dalam selimut seorang wanita, kecuali ketika aku bersama Aisyah…” Ummu Salamah terkejut mendengar jawapan Rasulullah itu, kerana dia tidak menyangka yang Rasulullah akan memberi jawapan sebegitu dengan tegas dan menyatakan kedudukan Aisyah sekali di sisi baginda. Maka dengan sedikit menyesal Ummu Salamah berkata: “Aku bertaubat kepada Allah….Aku tidak akan menyakiti hatimu lagi, Ya Rasulullah….” Jawapan Rasulullah itu telah Ummu Salamah sampaikan kepada para isteri Rasulullah yang lain. Setelah melalui perbincangan singkat, mereka memutuskan untuk meminta bantuan Fatimah, puteri yang amat dikasihi oleh Rasulullah untuk meminta keadilan dari Rasulullah. Fatimah telah bersetuju untuk membantu para ibu tirinya itu. Kemudian Fatimah pergi menjumpai Rasulullah yang ketika itu berada di rumah Aisyah. Fatimah berkata: “Ya Rasulullah! Saya diutus oleh para isterimu untuk memohon keadilan.” Ujar Fatimah. Rasulullah pula bertanya: “Wahai anakku, apakah engkau mencintai apa yang aku cintai?” Mendengar akan pertanyaan itu dengan pantas Fatimah mengangguk. Rasulullah berkata lagi: “Kalau begitu cintailah Aisyah.” Setelah mendapat jawapan dari Rasulullah, Fatimah segera memohon diri dan kembali ke rumahnya. Selepas itu dia melaporkan hasil pertemuannya dengan Rasulullah kepada para ibu tirinya. Namun mereka tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Fatimah itu dan memohon agar Fatimah berbincang sekali lagi dengan Rasulullah. Tetapi Fatimah menegaskan bahawa dia tidak akan sekali-kali membincangkan perkara tersebut kepada Rasulullah lagi. Demikianlah kedudukan Aisyah di antara para isteri Rasulullah yang lain. Hal ini adalah kerana beberapa sebab, antara lain ialah kerana Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasulullah yang dikahwininya sewaktu masih gadis dan Aisyah jugalah satu-satunya isteri Rasulullah yang dikahwininya berdasarkan wahyu dari Allah s.w.t. Sedangkan isteri baginda yang lain dikahwininya dalam keadaan janda dan atas dasar perikemanusiaan. Ini kerana pada masa itu wanita yang kematian suami atau diceraikan suami akan dipandang rendah oleh masyarakat Arab. Ini bermakna keputusan Rasulullah untuk mengahwini mereka adalah kerana mahu mengangkat martabat kaum wanita pada masa itu bahkan sehingga ke hari ini.




Aisyah r.a Wafat



Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Aisyah telah menjalani masa tuanya dengan kegiatan-kegiatan dakwah dan kemajuan Islam. Bahkan beliau dipandang sebagai guru dan tempat bertanya oleh para sahabat dan umat Islam ketika itu. Namun demikian, Allah Yang Maha Berkuasa telah menyatakan kehendak-Nya untuk memanggil hamba-Nya itu kembali ke sisi-Nya. Pada bulan Ramadhan tahun 58 Hijrah, Aisyah telah jatuh sakit tetapi beliau tetap berpuasa. Berita duka ini telah tersebar dengan cepatnya di kalangan umat Islam sehingga berduyun-duyun mereka pergi ke rumah Aisyah untuk menziarahi beliau. Salah satu pesan Aisyah sebelum beliau kembali memenuhi panggilan Ilahi ialah agar beliau dikebumikan pada waktu malam di Padang Baqi’. Namun beliau tidak pula meminta untuk dikebumikan di samping makam Rasulullah, Abu Bakar atau Umar iaitu di rumah beliau sendiri. Akhirnya pada hari Isnin malam Selasa 17 Ramadhan tahun Hijrah, beliau telah pergi mengadap Ilahi dengan tenangnya ketika beliau berusia 65 tahun. Seperti wasiat beliau, maka pada malam itu juga jenazah beliau dikebumikan di Padang Baqi’ setelah umat Islam selesai menunaikan solat witir. Jenazah Aisyah telah disolatkan oleh ramai kaum muslimin yang terdiri daripada kaum Ansar dan Kaum Muhajirin. Abu Hurairah telah bertindak sebagai imam. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat Rasulullah yang amat setia dan banyak menerima hadis dari Rasulullah s.a.w. Antara yang turut hadir sama di perkuburan itu ialah Abdullah bin Zubair, Urwah bin Zubair, Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Abdullah bin Muhammad bin Abu Bakar dan Abdullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar. Kesemua mereka ini adalah tergolong dalam keluarga Aisyah r.a.

ZAINAB BINTI JAHSYI R.A





Nasab Dan Kelahirannya



Ayahanda Zainab adalah Jahsyi bin Riyab bin Yamar bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin Ghanam bin Dudan bin Asad bin Khuzaimah. Ibunya pula ialah Umaimah binti Abdul Mutallib bin Hisyam bin Abdi Manaf bin Qushaiy. Ini bermakna Zainab satu nasab dengan Rasulullah s.a.w kerana ibunya, Umaimah iaitu saudara kandung kepada ayahanda Rasulullah, Abdullah bin Abdul Mutallib. Zainab yang juga dikenali sebagai Ummul Hakam, dilahirkan di Makkah dan dibesarkan di bawah asuhan dan bantuan Rasulullah s.a.w. Kerana itu, Zainab telah Rasulullah anggap seperti adiknya sendiri. Ketika Rasulullah diutus oleh Allah untuk menjadi Rasul-Nya dan menyampaikan dakwah-Nya kepada manusia, Zainab tergolong dalam orang-orang yang paling awal memeluk Islam bersama dengan beberapa orang ahli keluarganya. Ketika Rasulullah memberi kebenaran kepada umat Islam untuk berhijrah ke Madinah, maka Zainab pun turut berhijrah ke negeri itu denagn ditemani oleh 2 orang saudaranya iaitu Abdullah bin Jahsyi dan Abu Ahmad bin Jahsyi. Selepas itu, Zainab dan saudaranya itu terus menetap di Madinah sebagai kaum Muhajirin.




Rasulullah Mengahwinkan Zainab Dengan Zaid



Zaid bin Harisah adalah bekas hamba Rasulullah yang tinggal bersama baginda sejak kecil lagi. Zaid dijadikan sebagai anak angkat, malah Rasulullah pernah membinkan Zaid kepada baginda iaitu Zaid bin Muhammad. Tetapi perbuatab ini mendapat teguran dari Allah sehinggalah panggilan tersebut ditukar semula kepada Zaid bin Harisah. Setelah Zaid dewasa dan patut mendirikan rumahtangga, Allah telah memerintahkan kepada Rasulullah agar mengahwinkan Zaid dengan Zainab bin Jahsyi, sepupu Rasulullah yang berdarah bangsawan Arab itu. Maka pada suatu hari, Rasulullah mendatangi Zainab dan meminangnya untuk Zaid seperti yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Namun Zainab telah menolak pinangan Rasulullah itu dan dengan tegas beliau berkata: “Wahai Rasulullah aku tidak rela dia (Zaid) untuk menjadi suamiku. Aku adalah anak perempuan kaumku orang yang merdeka juga dari golongan bangsawan, kerana itu aku tidak setuju….” Abdullah bin Jahsyi, saudara kandung Zainab juga membantah dan menolak pinangan itu. Beliau tidak setuju apabila mengingatkan Zainab Adalah berdarah bangsawan Quraisy sedangkan Zaid Adalah seorang hamba yang dibeli oleh Khadijah dan dimerdekakan oleh Rasulullah. Hal ini dianggap sebagai satu celaan dan aib besar bagi Zainab. Tetapi Allah telah menyuruh Rasulullah berbuat demikian adalah bertujuan untuk mengubah tradisi jahiliah itu. Oleh yang demikian, Rasulullah tetap dengan pendiriannya, lantas baginda berkata: “Tetapi Zainab, aku suka andai Zaid menjadi suamimu.” Namun Zainab dan saudaranya itu masih tetap dengan pendirian mereka. Kemudian turunlah firman Allah, langsung Rasulullah bacakan di hadapan Zainab dan saudaranya itu. Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah sepatutnya bagi seorang lelaki beriman dan tidak pula perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia (orang yang menderhakai) itu telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Al-Ahzab: 36) Kini tiada jalan lain bagi Zainab dan saudaranya itu, kecuali menerima keputusan Rasulullah itu. Ini bukan sahaja kerana cadangan Rasulullah itu disokong oleh Allah s.w.t dengan firman-Nya malah Rasulullah sendiri Adalah orang yang paling dikasihi dan dihormati oleh Zainab dalam hidupnya. Demikian juga dengan saudaranya, Abdullah bin Jahsyi. Rasulullah amat gembira dengan persetujuan yang telah diberikan oleh Zainab itu. Maka berlangsunglah majlis perkahwinan antara Zainab dan Zaid dalam satu majlis yang sederhana. Perkahwinan ini memeranjatkan bangsawan yang masih lagi berpegang dengan tradisi jahiliah. Mereka menganggap Rasulullah telah menjatuhkan maruah mereka dengan mengahwinkan Zainab dan Zaid. Dengan berlangsungnya perkahwinan antara Zainab dan Zaid ini, Rasulullah telah merombak dan menghancurkan salah satu tradisi jahiliah. Zaid menerima Zainab sebagai isterinya dengan perasaan gembira dan syukur kepada Allah serta terima kasih yang tidak terhingga kepada Rasulullah, bapa angkatnya. Rasulullah telah memberi hadiah kepada pengantin baru tersebut sebanyak 10 dinar dan 60 dirham, sehelai baju besi, selimut dan kain sarung. Juga dibekalkan dengan 50 cupak makanan serta 10 cupak tamar. Di samping itu juga, Rasulullah telah mengadakan majlis dan memberi makan fakir miskin dengan sajian daging dan roti.




Bibit Keretakan Rumahtangga



Sejak perkahwinannya, Zaid telah membawa Zainab tinggal bersamanya. Kemudian mereka melalui hari-hari bahagia dan penuh kenikmatan yang mereka persunting dari persefahaman, dihiasi oleh harum semerbaknya bunga percintaan yang sama-sama mereka petik dari tangkainya yang lemah gemalai di bawah hembusan bayu syahdu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Hari-hari bahagia yang mereka lalui terus berjalan, namun ia tidak abadi dan tidak selamanya ia akan ada di sisi. Kebahagiaan dan kemanisan kasih itu tidak sama seperti mata rantai yang bersambungan tanpa penghujung. Malahan ia akan berhenti di satu perhentian yang tidak pernah wujud dalam fitrahnya. Kini Zainab telah berubah, perubahan yang tidak dapat diketahui puncanya oleh sesiapa kecuali Allah yang memutar balikkan hati manusia. Namun semua yang dijadikan-Nya itu memang mengandungi hikmah yang tidak dapat diselami oleh akal manusia. Zainab telah lupa pesan dan pengajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada umat Islam termasuk dirinya sendiri iaitu agar manusia tidak megah dan bangga dengan darah keturunannya. Tetapi dalam dirinya telah wujud sikap itu, dia bermegah dengan dirinya, keturunannya dan dia juga bangga dengan kecantikan yang dimilikinya terhadap suaminya, Zaid bin Harisah. Jiwa Zainab tidak rela lagi menerima kehadiran Zaid dalam hidupnya. Sikapnya itu menyebabkan pergaulan mereka dalam membngunkan rumahtangga menemui jalan buntu. Bahkan Zainab sering membiarkan dirinya berkelakuan kasar terhadap Zaid. Sebagai seorang lelaki yang punya maruah dan harga diri, Zaid tidak mampu untuk bertahan dengan sikap dan tingkah laku isterinya itu, lantas beliau mengadukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w dan beliau menyatakan bahwa dia tidak sangup lagi untuk meneruskan perhubungan perkahwinan mereka. Selanjutnya beliau telah menyampaikan hasratnya untuk bercerai dengan Zainab. Tetapi permintaan Zaid itu dijawab Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Peliharalah isterimu itu (jangan engkau ceraikan) dan takutlah kepada Allah s.w.t.” Zaid hanya diam apabila mendengar jawapan yang pendek dan ringkas itu dari Rasulullah, kemudian Zaid berlalu pulang membawa kepedihan hatinya. Namun tidak berapa lama kemudian, Zaid datang lagi untuk mengadu kepada Rasulullah. Bagi Zaid tiada jalan yang paling baik dalam menyelesaikan masalah rumahtangga mereka kecuali perceraian, walaupun perceraian itu adalah suatu yang tidak diingini dalam kehidupan berumahtangga. Sungguhpun begitu, jawapan dan sikap Rasulullah s.a.w masih tetap sama. Rasulullah memang dapat merasakan sesuatu yang tidak baik dalam perhubungan perkahwinan antara Zaid dan Zainab itu. Namun beliau tidak mahu meluahkan perasaan itu. Kemudian rahsia hati Rasulullah itu telah dibongkar Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala engkau (Muhammad) berkata kepada orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah kepadanya dan engkau pun memberi nikmat kepadanya: “Pegang teguhlah (peliharalah dan jangan ceraikan) isterimu dan bertaqwalah kepada Allah.” Sedangkan engkau menyembunyikan dalam hatimu apa yang akan dinyatakan oleh Allah dan engkau takut kepada (ejekan) manusia padahal hanya Allah saja yang perlu engkau takuti. Maka tatkala telah selesai hubungan Zaid dan Zainab, akan berkahwainlah engkau dengan Zainab, agar orang-orang beriman tidak keberatan untuk mengahwini isteri anak angkat apabila anak angkatnya itu telah bercerai dengan isteri mereka. Dan ketetapan Allah itu pasti akan terjadi.” (Al-Ahzab: 37) Turunnya firman ini bererti datangnya suatu kehancuran terhadap satu lagi tradisi jahiliah iaitu mereka menganggap anak angkat sebagai anak kandung sendiri. Mereka berhak menerima atau memberi warisan, bapa angkat tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya. Diturunkan ayat ini ialah untuk meletakkan suatu dasar hukum syariat Islamiah bagi menggantikan tradisi lapuk yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat jahiliah berkenaan dengan kedudukan anak angkat dan yang berhubung rapat dengannya. Setelah turunnya wahyu Ilahi ini yang sekaligus merupakan teguran Allah terhadap sikap Rasulullah yang teragak-agak dan bimbang serta diselimuti penyesalan atas dirinya, maka Rasulullah telah membenarkan Zaid melepaskan Zainab dari ikatan perkahwinan yang telah berjalan lebih kurang setahun itu. Maka berlakulah perceraian antara Zaid dan Zainab, putuslah sudah kasih sayang antara mereka berdua dan masa-masa yang berlalu hanyalah tinggal kenangan.




Rasulullah Berkahwin Dengan Zainab



Setelah tempoh ‘iddah Zainab tamat, Rasulullah telah mengutus Zaid bin Harisah untuk menemui Zainab: “Wahai Zaid…Pergilah engkau kepadanya dan katakan kepadaku kesan engkau tentnangnya…….” Perintah Rasulullah. Maka Zaid pun pergilah melaksanakan perintah ayah angkatnya itu. Setibanya di rumah Zainab, didapatinya Zainab sedang menghaluskan tepung. Sebaik sahaja Zaid melihat Zainab, perasaannya menjadi lain terhadap jandanya itu. Kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasulullah…..Aku pandang dia (Zainab) menjadi lebih besar, sehingga aku tidak sanggup lagi melihatnya seperti biasa. Lalu aku membelakangi kepadanya dan menngadap ke tempat lain, kemudian berkata: “Bergembiralah…..Aku diutus oleh Rasulullah untuk melihat keadaanmu dan mendapat berita mengenaimu.” Rasulullah menanyakan kepada Zaid tentang jawapan Zainab terhadap ucapannya itu: “Zainab menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil tindakan sebelum datang ketentuan dari Allah.” Ujar Zaid. Setelah itu, Rasulullah mengutus seseorang ke rumah Zainab untuk memberitahukan kepada Zainab bahawa Allah telah memerintahkan Rasulullah untuk memperisterikannya. Apabila utusan itu memberitahu kepada Zainab perkara itu, Zainab telah sujud syukur kepada Allah s.w.t sebagai tanda terima kasih di atas nikmat yang besar itu. Dia telah berjanji bahawa dia akan berpuasa selama 2 bulan atas kurniaan yang diterimanya itu. Detik-detik bersejarah itu berlaku pada tahun ke 5 Hijrah, ketika itu Zainab berusia 35 tahun. Rasulullah juga telah mengadakan majlis secara kecil-kecilan denag menjemput para sahabatnya sebagai merasmikan perkahwinannya dengan Zainab. Kemudian Zainab memasuki rumah yang disediakan oleh Rasulullah untuknya. Rasulullah amat mencintai Zainab sebagaimana cintanya kepada para isterinya yang lain. Bahkan Rasulullah lebih sering menemui Zainab kerana baginda berharap untuk mendapat keturunan dari sepupunya itu. Malangnya kelebihan yang diberikan oleh Rasulullah kepada Zainab telah membuatkan beliau merasa megah dan bangga dengan dirinya, bahkan beliau pernah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah….Sesungguhnya aku ini tidak serupa dengan isterimu yang lain kerana mereka dikahwinkan denganmu oleh ayah atau saudaranya sedangkan aku telah dikahwinkan denganmu oleh Allah.” Rasulullah menjawab: “Kedudukan engkau disisiku sama dengan Aisyah kerana Allah jugalah yang telah mengahwinkan aku dengannya.” Dalam hal ini, Aisyah r.a pernah berkata berkenaan dengan diri Zainab, yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim. Tarmizi dan An-Nasai iaitu: “Zainab binti Jahsyi, dialah wanita yang dapat menandingi aku di antara para isteri Rasulullah dan aku tidak pernah melihat seorang wanita pun yang lebih baik agamanya dari Zainab. Beliau seorang yang bertaqwa kepada Allah, lebih banyak bersedekah dan lebih banyak mengorbankan dirinya dalam suatu amal yang disedekahkan dan mendekatkan diri kepada Allah, kecuali sifat lekas marah yang memuncak sekali-sekala.” Walaupun dalam hatinya ada tersemat perasaan megah terhadap para isteri Rasululah yang lain, namun Zainab tetap menjaga dan menghormati Rasulullah. Zainab mengurus rumahtangga dengan baik selain tetap menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah selaku hamba dan kepada kaum Muslimin selaku Ummul Mukminin.




Punca Turunnya Ayat Hijab



Pada hari perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan Zainab r.a baginda mendapat kiriman makanan dari Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik. Makanan yang dihadiahkan itu berupa campuran gandum dan daging, makanan ini disebut sebagai “hais”. Setelah Rasulullah melihat makanan tersebut lantas baginda menyuruh Anas meletakkan makanan tersebut di sudut rumahnya dan menjemput beberapa orang atau sesiapa sahaja yang dijumpai oleh Anas. Setelah Anas menjemput sesiapa sahaja yang dari kalangan kaum Muslimin sehingga penuh rumah Rasulullah, kemudian Rasulullah menyuruh Anas membawa makanan tadi ke hadapannya, lalu baginda meletakkan tangannya diatas makanan itu dan berdoa, selepas itu Rasulullah berkata: “Hendaklah duduk sepuluh-sepuluh orang mengelilingi makanan ini secara berganti-ganti, masing-masing membaca Bismillah.” Ujar Rasulullah, maka semua tetamu tadi melakukan seperti yang disuruh oleh Rasulullah. Setelah majlis tersebut selesai, sebahgian tetamu Rasulullah masih lagi berbual-bual, sedangkan Zainab telah memalingkan mukanya ke dinding. Tetamu yang tinggal itu masih berbual dan pastinya Rasulullah merasa terganggu. Oleh yang demikian, Rasulullah telah mohon diri untuk pergi ke rumah isterinya yang lain. Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah kembali semula ke rumah Zainab, namun didapatinya tetamu tadi masih belum pulang. Melihat kedatangan Rasulullah itu, mereka merasakan bahawa Rasulullah kurang selesa kerana mereka masih di situ. Oleh yang demikian mereka mohon diri untuk pulang. Tidak berapa lama kemudian turunlah wahyu Ilahi yang dikenali dengan ayat Al-Hijab. Ayat ini menyatakan perintah Allah kepada kaum Muslimin untuk tidak menatap atau memandang wajah isteri Rasulullah secara berhadapan di samping memerintahkan kepada kaum Muslimat untuk menutup aurat mereka. Ini Adalah seperti yang telah termakrub dalam Al-Quran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Rasulullah kecuali kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu telah selesai makan keluarlah kamu tanpa asyik memanjangkan perbualan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Rasulullah, lalu baginda malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar) dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluanmu) kepada mereka (para isteri Rasulullah), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak pula mengahwini isteri-isterinya sesudah baginda wafat buat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu amat besar dosanya di sisi Allah.” Dengan demikian perkahwinan Rasulullah dengan Zainab membawa berkat kepada seluruh wanita Islam, apabila tatacara ini diikuti dan ditaati supaya kehormatan, kesopanan, kemuliaan dan maruah mereka terjaga dengan sempurnanya.




Setelah Rasulullah Wafat



Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Zainab binti Jahsyi r.a tetap memainkan peranannya sebagai ibu orang yang beriman, bahkan beliau adalah salah seorang isteri Rasulullah yang pemurah. Pernah diriwayatkan bahawa pada satu ketika, saat Rasulullah masih hidup baginda duduk bersama-sama para isterinya dan bersabda: “Siapakah di antara kamu yang paling panjang tangannya dan paling cepat sampai kepadaku?” Maka para isteri baginda berdiri dan saling mengukur ketinggian mereka pada satu alat pengukur. Ini kerana mereka menyangka kata-kata Rasulullah itu merujuk kepada ketinggian tubuh dan panjang ruas mereka. Sebenarnya yang dimaksudkan Rasulullah ialah sedekah. Zainab adalah di antara isteri Rasulullah yang ringan tangannya untuk bersedekah. Beliau bersedekah apa sahaja yang mampu disedekahkannya ke jalan Allah. Oleh yang demikian, beliaulah isteri Rasulullah yang paling menyerupai baginda dalam hal kepemurahan. Selain daripada itu, Zainab juga banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah, yang termasyur antaranya ialah 11 hadis dan 2 daripada hadis itu disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Adapun orang-orang yang mengambil hadis tersebut dari beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Jahsyi, anak saudara beliau sendiri. Juga Ummu Habibah binti Abu Sufyan, madu beliau sendiri. Selain daripada itu, Zainab binti Abi Salamah, Kalsum binti Mustaliq dan Mazkur juga telah mengambil hadis dari beliau. Demikianlah Zainab menjalani masa tuanya setelah Rasulullah wafat, disamping beliau semakin tekun beribadat dan menghambakan diri kepada Allah s.w.t.




Zainab r.a Wafat



Lebih kurang 10 tahun setelah Rasulullah wafat, Zainab telah jatuh sakit. Penyakit yang dihidapinya itu telah menyebabkan kewafatannya. Beliau menyahut panggilan Ilahi pada tahun 20 Hijrah dalam usia lebih kurang 50 tahun. Asma binti Abu Bakar mengusulkan agar jenazah Zainab yang mulia itu dibaringkan di atas katil Rasulullah seperti yang telah diwasiatkan oleh Zainab sendiri dan katil itu juga dijadikan sebagai usungan beliau ke pusara.